Mengenai Skim Jaminan Kerajaan SJKP untuk Pembeli Rumah Pertama

Mengenai Kami

Kerajaan Malaysia, dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (2008) di Dewan Rakyat September 2007, sedar akan kesukaran yang dialami mereka yang tidak berpendapatan tetap, seperti petani dan peniaga kecil, dalam mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah kediaman mereka.

Bagi mengatasi kesukaran tersebut, kerajaan telah menubuhkan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) sebagai sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan pada 6 Disember 2007 bagi menjamin kemudahan kewangan yang akan diberikan oleh institusi-institusi kewangan yang turut terlibat dalam skim ini.

Melalui usaha ini, SJKP memainkan peranan penting dalam membolehkan rakyat Malaysia mengakses pinjaman perumahan dan memiliki rumah sendiri.

Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP)

Peranan Kami dalam Membantu Rakyat Malaysia

Pada 24 Februari 2023, melalui pembentangan Belanjawan 2023, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Skim Jaminan Kredit Perumahan sebanyak RM5 bilion dengan had pembiayaan yang lebih tinggi, iaitu sehingga RM500,000 untuk terus membantu bakal pembeli rumah kali pertama yang mempunyai kemampuan kewangan membayar ansuran bulanan.

Skim ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk menyokong rakyat Malaysia — terutamanya rakyat yang bekerja sendiri — dalam mendapatkan pinjaman perumahan melalui Skim Jaminan Kredit Perumahan SJKP.

Impak dan Komitmen Kami

Sejak penubuhannya, SJKP telah bekerjasama dengan institusi kewangan, membantu lebih ramai rakyat Malaysia mencapai impian mereka untuk memiliki rumah pertama mereka. Melalui HCGS dan HCGS-MADANI, Kerajaan terus menyokong rakayat di seluruh negara untuk mendapat akses kepada pembiayaan perumahan.