Pemberian Maklumat (Whistleblowing)

Pemberian Maklumat (Whistleblowing) merujuk kepada pemberian maklumat yang dibuat dengan niat baik berkaitan rasuah, salah laku atau sebarang perlakuan tidak wajar yang boleh menjejaskan kepentingan awam atau integriti sesebuah organisasi.

Syarikat amat menggalakkan pelaporan terhadap rasuah, penyelewengan atau salah laku sebagai mekanisme amaran awal dan komited untuk menyediakan saluran pelaporan yang selamat, sulit dan terjamin bagi melindungi pemberi maklumat daripada sebarang bentuk tindakan balas.

Untuk membuat laporan, sila klik di sini.