Peristiwa

Karnival Bank oleh DBKL / KWP / SJKP Bagi Program Perumahan Rakyat (PPR) MTEN dan Perumahan Awam (PA) DBKL

 

Pada 11 Julai 2009, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa Kementerian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kesejahteraan Bandar (KWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menjual 44,146 unit pangsapuri PPR MTEN dan PA DBKL di 37 buah lokasi kepada penyewa sedia ada. Semua unit tersebut akan dijual pada harga yang jauh lebih rendah dari harga pasaran bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah dan tidak tetap dapat memiliki rumah di bandaraya Kuala Lumpur yang secara amnya telah melangkaui kemampuan penyewa-penyewa tersebut.

Bermula 10 April 2010, SJKP Bhd telah menyertai beberapa sesi penerangan dan karnival bank yang telah dianjurkan di seluruh 37 lokasi PPR MTEN dan PA DBKL oleh DBKL dan KWP bagi memudahkan urusan mendapatkan pembiayaan yang diperlukan dan perkara-perkara berkaitan. Karnival pusat sehenti tersebut turut disertai oleh panel institusi-institusi kewangan yang terdiri daripada Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam), Hong Leong Bank Berhad (HLBB), Hong Leong Islamic Bank (HILB), Alliance Bank Berhad (ALB) dan Alliance Islamic Bank Berhad (ALIB) selain mendapat kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pesuruhjaya Sumpah, Suruhanjaya Pilihanraya dan persatuan penduduk.

Selain memberikan penerangan tentang kriteria kelayakan serta terma dan syarat pembiayaan di bawah skim jaminan ini di karnival tersebut, SJKP Bhd juga telah melonggarkan beberapa syarat kelayakan khusus untuk pembelian rumah PPR MTEN dan PA DBKL ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri untuk diduduki:

  1. Memberikan jaminan sehingga 100% harga belian rumah dan keseluruhan kos-kos berkaitan (MRTA, bayaran guaman dan sebagainya)
  2. Membenarkan permohonan dua generasi bagi pemohon yang telah berusia
  3. Membenarkan permohonan bersama bagi mereka yang berpendapatan kurang dari RM1,000 sebulan
  4. Memberikan jaminan kepada pemohon yang berpendapatan tetap tetapi rendah (tertakluk pada jumlah maksimum dana RM200 juta)
  5. Menerima penilaian yang dilakukan oleh Jabatan Penilaian DBKL sebagai alternatif kepada laporan penilaian setiap rumah bagi mengurangkan kos yang perlu ditanggung oleh peminjam

Kalkulator Pembiayaan Perumahan

RM
Tahun
%
RM tahun
%
RM tahun
RM tahun
RM sebulan
**Sila rujuk institusi kewangan anda untuk ansuran bulanan sebenar.