Majlis Menandatangani Perjanjian antara SJKP Bhd dengan MIB
Pada 26 November 2010, satu majlis menandatangani perjanjian telah diadakan di antara Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP Bhd) dengan Maybank Islamic Berhad (MIB). Majlis tersebut telah diadakan di Pejabat SJKP Bhd, Bukit Damansara, Kuala Lumpur, ditandatangani oleh En. Fazlur Rahman Ebrahim (Pegawai Utama / Pengarah SJKP Bhd) dan En. Ibrahim Hassan (Ketua Pegawai Eksekutif MIB). MIB merupakan institusi kewangan yang ke-15 dan terkini yang telah menyertai skim ini.